TH TANGGUH UPAH HAJI
BORANG & KETERANGAN MENGENAINYA, CONTOH SIJIL, COP PENGESAHAN SERTA SENARAI PENYERTAAN UPAH HAJI 2008


SENARAI PENYERTAAN UPAH HAJI 2008
JADUAL PENERBANGAN UMRAH MUSIM SEJUK DIS 09 & JAN 2010
-- 
TEMPAH SEGERA... TEMPAT TERHAD. HARGA BERPATUTAN. HOTEL SELESA BERDEKAT MASJID. MASAKAN CITA RASA MELAYU. MUTAWIF BERPENGALAMAN. LAYANAN MESRA BAGAI SATU KELUARGA.
TELEFON BIMBIT AL-QURAN Myiman
Model D818
- Bacaan Al-Quran 30 Juzuk oleh Sheikh Saad Al-Ghamidi
Hubungi:
QURBAN & AQIQAH DI KEMBOJA.
Penyertaan Qurban dan Aqiqah di Negara Miskin Kemboja di buka untuk tempahan RM250 setiap satu bahagian lembu.
Bantu mereka dengan membeli sambil beramal di Butik Norlina / Nana Lot 47 Jln 47 Kg Cheras Baru KL. Pelbagai Jubah, Pelbagai Tudung, Perfume & banyak lagi.... Dipersilakan ke Butik Muslimah... Macam-macam ada...!!!
HOTEL PENGINAPAN JEMAAH
- 
Hotel Al Haram Madinah & Dallah Taibah penginapan jemaah di Madinah
Al Ghazzah Hotel penginapan jemaah di Makkah
2) Orang yang mengerjakan haji pula TELAH mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.
3) Mengerjakan SATU haji untuk satu orang sahaja pada satu-satu tahun.
PERLAKSANAAN UPAH HAJI
1) Wakil mencari orang yang mengerjakan Upah Haji/Badal Haji dari kalangan orang dipercayai iaitu orang Arab berketurunan Patani, Para Tahfiz/ Pengajar dan Ustaz yang menetap di Kota Makkah Al-Mukaramah yang mempunyai pengalaman luas dalam mengerjakan Haji dan Umrah.
2) Wakil akan menghubungi Pengupah setelah selesai, menyatakan tentang Badal Haji yang telah disempurnakan di Tanah Suci pada musim tersebut.
3) Sebagai tanda Upah Haji/ Badal Haji, wakil menyediakan tanda seperti SIJIL dan IRINGAN2 lain.
CARA
1) Dapatkan borang Upah Haji dari wakil anda dan lengkapkan borang tersebut
2) Borang hendaklah dikembalikan kepada wakil kami seperti yang tertera.
3) Bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya semasa lafaz akad
4) Sekiranya penyerahan wang dalam bentuk cek, lafaz akad akan dilakukan selepas cek ditunaikan.
5) Bayaran UPAH HAJI untuk seorang adalah RM 1,600.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Enam Ratus Sahaja). Bayaran ini meliputi satu upah HAJI dan satu upah UMRAH. Resit bayaran akan diberi.
Kepada waris-waris yang berminat untuk mendapatkan borang upah haji sila hubungi HAJAH NUR di talian 019-2828 062/ 03-6091 3430 atau email ke hajahnur_umrah2u@yahoo.com.
BAROKAHNYA AIR ZAMZAM
Air zamzam mujarab ikut niat peminum. Air zamzam dianggap air yang suci dan berkat. Ia mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”
Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.
Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.
Umrah ialah mengunjungi Kaabah (Baitullah) pada bila-bila masa kerana mengerjakan tawaf, saie dan lain-lain menurut syarat-syarat serta menunaikan wajib-wajibnya.
Haji dan Umrah diwajibkan sekali sahaja dalam seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan (atau berkuasa) samada lelaki atau perempuan.
ALLAH SWT menjadikan Kaabah sebagai Rumah Allah tempat mulia untuk dikunjungi orang ramai sebagai sebuah tempat aman dan dilimpahi penghormatan dan batu tanda bagi pelindung antara manusia selaku hamba dan penyeksaanNya.
Amalan menziarahi Kaabah untuk melakukan umrah dan haji adalah satu daripada lima rukun Islam yang diwajibkan sekali seumur hidup kepada umat Islam yang berkemampuan. Perintah wajib mengerjakan Haji termaktub di dalam Al-Quran sebagaimana Firman Allah yang bermaksud “Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji dan Umrah dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. (Surah A-li Imran ayat 97).
Al-Hasan Al-Bairi ra berkata "Bersedekah satu dirham di Kaabah akan dibalas dengan seratus ribu begitu juga setiap kebajikan dilakukan akan diganda Allah pahalanya dengan seratus ribu kali".
Barang siapa yang mengerjakan Haji sedangkan dia tiada berkata kotor atau berbuat jahat dia akan keluar dari hajinya suci seperti keluarnya bayi di hari dilahirkan oleh ibunya. Pahala bagi mereka yang berbuat baik pula bakal menerima balasan manis daripada Allah.
Mengerjakan haji kepada satu haji yang lain adalah menghapuskan dosa yang berlaku di antara tempoh keduanya dan haji yang mabrur tidak lain balasannya melainkan syurga. Ibadat haji dan umrah adalah wajib kedua-duanya tidaklah menjadi kesalahan dengan bahawa engkau memulakan mana-mana di antara keduanya.
Satu solat yang dikerjakan di masjisdku ini (Masjid Nabawi di Madinah) adalah lebih utama daripada 1000 solat di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil-Haram dan satu solat di Masjidil-Haram adalah lebih utama daripada 100,000 solat di masjid-masjid lain.
Erti berkemampuan ialah :
(i) berkuasa dengan sendiri, atau
(ii) berkuasa dengan pertolongan orang lain.
Berkuasa dengan sendiri ialah memiliki perbelanjaan perjalanan dan tempat tinggal di Tanah Suci dan cukup bekalan untuk ditinggalkan bagi orang-orang yang dibawah tanggungannya di Tanahair, ada kenderaan, aman perjalanan, sihat tubuh badan dan berkesempatan masa. Syarat-syarat tambahan bagi wanita ialah mendapat izin suami dan hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya ke Tanah Suci.
Berkemampuan dengan pertolongan orang lain ialah :
(i) Orang yang memiliki perbelanjaan untuk ke Tanah Suci tetapi tidak dapat mengerjakan sendiri kerana terlalu uzur dan sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua umurnya yang telah putus asa tidak dapat ke Tanah Suci.
(ii) Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya tetapi tidak sempat mengerjakan haji. Dalam hal ini terhutanglah fardhu hajinya ke atas warisnya atau orang yang menerima wasiatnya untuk menyelenggarakan hutang hajinya dengan upah yang yang berpatutan atau sukarela. Ini dinamakan Badal Haji.
Adakah boleh saya mengerjakan haji tersebut untuknya?”. Nabi SAW menjawab, “Kerjakanlah haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari).
Seorang wanita bertanya Nabi SAW tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan haji. Nabi SAW berkata kepada wanita tersebut, “Kerjakanlah haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An-Nasaie). Dari hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa boleh mengerjakan haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian.
Nabi SAW juga membuat perbandingan dimana melunaskan haji yang belum dikerjakan adalah seperti melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia.
Dari Abi Razin Al-Uqaily bahawa dia berjumpa Nabi SAW dan berkata “Ya Rasulullah sesungguhnya ayahku terlalu tua dan tidak larat untuk mengerjakan haji, umrah atau berjalan dalam rombongan”. Sabda Nabi SAW “Kamu kerjakanlah haji dan umrah bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat At-Tarmizi dengan katanya hadis ini bertaraf hasan sahih. Nama sebenar Abi Razin ialah Laqit bin Amir).
Haji Badal bagi orang yang masih hidup Dari Al-Fadl bin Abbas bahawa dia pernah menunggang bersama Rasulullah SAW lalu datang seorang lelaki bertanya “Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku terlalu tua. Jika aku mengangkatnya secara tanggung, dia tidak boleh memegang kuat. Jika aku mengikatnya aku khuatir boleh membinasakannya lalu meninggal dunia”.
Sabda Rasulullah SAW, “Jika ibumu berhutang dengan seseorang, tidakkah engkau yang akan melunaskannya?”. Dia berkata “Ya”. Sabda Nabi SAW, “Kamu kerjakanlah haji bagi pihak ibumu”. Dari dalil di atas jelas menunjukkan bahawa dibolehkan seseorang mengerjakan haji bagi pihak seseorang yang lain yang masih hidup tetapi tidak berkuasa mengerjakannya untuk dirinya sendiri.
Datang seorang lelaki dari kaum Khath’am kepada Rasulullah SAW bertanya tentang ayahnya yang tidak berkuasa mengerjakan haji, “Adakah diterima Allah jika aku mengerjakan haji bagi pihaknya?”. Sabda Rasulullah SAW, “Adakah kamu anak sulungnya?”. Dia menjawab, “Ya”. Sabda Rasulullah SAW “Tidakkah engkau melihat jika ayahmu berhutang, adakah engkau akan melunaskan hutang tersebut?”.
Dia menjawab “Ya”. Sabda Nabi SAW, “Kamu kerjakanlah haji bagi pihaknya”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dengan penambahan “Ayahku tidak larat menunggang tunggangan sedang haji diwajibkan ke atasnya. Adakah boleh aku mengerjakan haji bagi pihaknya?”). Dari hadis-hadis di atas menunjukkan wajib mengerjakan haji ke atas orang yang tidak berkuasa jika sekiranya dia berkemampuan di segi harta dan ada anak atau orang lain yang boleh mengerjakan haji tersebut bagi pihaknya.
Dari Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang mengerjakan haji bagi pihak kedua ibu bapanya atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di hari kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah SWT).
Dari Jabir bahawa Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji”.
Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah SAW bersabda “Apabila seorang lelaki itu mengerjakan haji untuk kedua ibu bapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibu bapanya serta disampaikan berita gembira kepada ruh-ruh ibu bapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan”. Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah hajinya itu. Seseorang tidak boleh mengerjakan haji untuk orang lain jika dia sendiri belum mengerjakan haji untuk dirinya.
Dari Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW mendengar seorang lelaki bertalbiyah sambil berniat
mengerjakan haji untuk Syubrumah lalu bersabda “Siapa dia Syubrumah?”. Lelaki itu menjawab “saudaraku”. Nabi SAW bertanya “Adakah engkau telah mengerjakan haji untuk diri sendiri?”. Dia menjawab “belum”. Sabda Nabi SAW “Kamu kerjakan Haji untuk dirimu sendiri terlebih dahulu kemudian barulah kerjakan haji untuk Syubrumah”. (Hadis diriwayatkan oleh Ad-Darqutny dan Ibnu Majah).
Hadis ini menjadi dalil mazhab Syafie bahawa seseorang itu tidak boleh mengerjakan Haji untuk orang lain selagimana dia belum mengerjakan Haji untuk dirinya sendiri.
Haji dan Umrah adalah wajib sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan yang baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Kewajipan ini tidak terlepas walaupun seseorang itu telah meninggal dunia atau menjadi terlalu uzur jika sekiranya semasa waktu sihatnya dia telah mencukupi syarat-syarat wajib mengerjakan Haji dan Umrah. Menjadi kewajipan ke atas warisnya untuk melunaskan Haji dan Umrah si mati atau orang yang terlalu uzur secara mengerjakan Haji Badal dan Umrah Badal samada waris itu sendiri mengerjakannya (lebih afdhal) atau seseorang yang telahpun mengerjakan Haji dan Umrah dirinya diupah atau sukarela mengerjakan Haji dan Umrah bagi orang yang tidak berkuasa tersebut.
E-HAJJ SET MUDAHALIH DIGITAL DAN VCD PANDUAN HAJI & UMRAH
E-HAJJ - RM150.00 (Original) - Maaf !! tiada stock buat sementara
Double click pada foto untuk mendapatkan foto yang jelas
VCD PANDUAN HAJI & UMRAH OLEH YBHG DATO' ISMAIL KAMUS

VCD KE ARAH HAJI MABRUR OLEH YBHG DATO' DAUD CHE' NGAH & HIMPUNAN DOA-DOA (ORIGINAL) 1 SET (SIRI1- SIRI 5) - RM160.00
Double click pada foto untuk melihat foto yang lebih jelas
INILAH UMRAH YANG TEPAT- RM160.00 (Original)
ISI KANDUNGAN:-VCD
VCD 2
MP3 BACAAN AL-QURAN 30 JUZUK OLEH IMAN MASJID NABAWI & MAKKAH SERTA SENARAI CD MP3 UMRAH, HAJI, NASYID DAN AGAMA (Original).
Sila KLIK di bawah untuk melihat senarai harga
CARA PEMBAYARAN
Saya memohon maaf kerana menggunakan foto ini tanpa meminta keizinan terlebih dahulu. Bukan bertujuan sebagai pelaris jualan tetapi mengenang kembali detik2 kenangan yang tidak mungkin saya lupakan semasa saya berada di kota Makkah kerana saya menempuhi tempat dan peristiwa yang sama seperti dalam foto beliau ini…!.
Foto ini adalah di antara ratusan peniaga bazar yang ada sekitar Masjidil Haram. Peniaga2 Arab di sini begitu fasih berbahasa Melayu dan kedai mereka cukup popular dikalangan orang Malaysia, seolah-olah terasa semacam saya sedang membeli belah di Jalan Chow Kit.
Mungkin kerana keramahan mereka dan cara mereka melayan pelanggan membuat saya terdorong untuk membeli pakaian, sejadah, jubah, wangian dan macam2 pakaian lain yang ada di kedai mereka al-maklumlah sebagai buah tangan dari Makkah kepada kaum kerabat dan rakan2 di Malaysia.
Pagi petang siang malam sekitar jalan dekat Masjidil Haram ini sibuk dengan orang membeli belah. Pendik kata macam remang2 Kotaraya Kuala Lumpur, Tidak ada erti tidur, kedai dibuka 24 jam. Kemungkinan orang yang membuat perangai di sini agak kecil kerana mejoriti mereka datang ke tanah suci ini dengan niat untuk beribadah namun begitu niat mereka siapa yang tahu….!
Peniaga2 arab di sini memang percaya habis kepada jemaah kita Malaysia. Nampak saja kain pelekat Malaysia di belakang telekong jemaah Malaysia mereka akan kata “Malaysia Bagus” “Orang Malaysia bagus”, memang pasti itulah ungkapan pertama mereka apabila nampak saja jemaah Malaysia yang singgah ke bazar mereka. Secara umum nampak terserlah imej jemaah Malaysia, tetap harum di kalangan orang Arab tempatan baik di Makkah atau Madinah.
Di kaki2 lima pun ramai peniaga2 haram yang datang berniaga. Bermacam2 barangan yang mereka jual, kasut, inai, handbag dan tudung bersepah di jual di sini sana. Yang kelakarnya apabila mereka ini dikejar polis arab kerana berniaga secara haram, lintang pukang mereka lari dengan bungkusan jualan mereka hinggakan kita yang membeli ni tidak sempat untuk membayar harga barangan tersebut, terpaksa pula tunggu sehingga polis beredar dari kawasan tersebut.
Pendek kata penjual haram ini tidak pernah serik atau takut barangan mereka dirampas oleh pihak berkuasa. Bila polis beredar saja dari kawasan tersebut mereka ini akan keluar dari tempat persembunyian mereka dan berniaga semula. Mereka ini bukan saja dari kalangan dewasa tetapi kanak2 juga ramai yang datang menerpa jemaah dengan menjual tisu2, tudung, kopiah, wangian dan jubah lelaki.
Jika kita tawar tapi tak jadi beli mereka marah pulak tu. Mereka suka berurus niaga dengan jemaah Malaysia sebab orang kita tidak banyak ragam macam sesetengah warganegara lain. Bagi mereka yang selalu datang kesini semasa musim Haji tentu sudah cukup masak dengan hal-hal macam ni.
Tak kira datang dari mana penjuru dunia barangan ' Dari Makkah' mesti dibawa pulang. Seperti para jemaah, peniaga juga ada bermacam ragam tersendiri, kadang2 ada yang tidak boleh dibawa berunding langsung.
Umum baik di cerok dunia manapun, tempat2 tumpuan ramai memang terkenal dengan kisah peniaga yang kaki sembelih pelanggan. Apa lagi di Makkah dan Madinah yang dibanjiri jutaan jemaah setiap tahun. Pesanan yang popular di sini ialah tawar habis-habisan.
Di Negara mereka jarang sekali kita boleh tengok barang-barang yang dijual mempunyai tanda harga. Yang seronoknya di sana juga ada terdapat kedai R2 & kedai R5, bermacam2 cenderahati boleh di beli di sana, manusia punyalah ramai sehinggakan nak memilih barang pun susah.
Ingat pesanan ini, bila nak tawar menawar mulakan dengan separuh dari harga asal barang dan turun ke bawah dan ke bawah selagi boleh. Kalau kita ingat kita pandai…para peniaga ini yang saban hari bergelumang dengan seribu satu macam pelanggan setiap hari tentu sudah ada dihujung jarinya segala selok belok ini. Jadi pandai-pandai sendirilah.
Beli barang pula jangan harap nak dapat wang lebih dalam bentuk syiling juga. Duit syiling tidak langsung digunakan dalam urusan membeli belah.
Syiling Saudi memang ada tetapi tidak digunakan ketika jual beli dengan jemaah. Dari pengalaman, paling tidak kita diberi satu atau dua paket chewing gum sebagai wang lebih kalau di kedai runcit.
Bagi yang hilang kasut dan selipar dalam Masjidil Haram...banyak pilihan lain ada di kedai ini. Masa beli barang makanan dalam tin dan sebagainya pula... ingat tarikh luput semuanya ditulis dalam bahasa Arab. Jadi tidak rugi kalau belajar sikit angka dalam Bahasa Arab agar tidak terbeli barangan yang telah tamat tarikh luput.
Apapun secara umumnya tidak jadi masalah langsung kalau kita tak tahu sepatah haram bahasa Arab ketika membeli belah kerana rata-rata peniaga tahu sikit sebanyak bahasa jual beli kita.
Baik di Makkah ataupun Madinah barang-barang cilok seperti di Petaling Street berlambak dijual. Sebut saja mau apa jam ,minyak wangi dan barang berjenama lain semuanya ada.
Kalau tempat lain tak ada hal. Ada juga yang hairan mengapa pihak berkuasa Arab Saudi tidak menyekat penjualan barang-barang ini. Kata mereka sekurang-kurangnya untuk mengekalkan imej tanah suci sebagai ‘ tempat perniagaan yang bersih.’
Segala macam barangan pirate ada dijual merata tempat sekitar Makkah, tetapi ingat…! kebanyakan kedai biasa dan bazar di kedua-dua kota suci memang tidak menerima kad kredit.
Tempat-tempat yang menerima kad kredit hanyalah di hotel lima bintang, komplek membeli belah dan kedai-kedai emas pertama sedangkan tumpuan orang membeli ialah di bazar dan kedai biasa. Itupun kebanyakan tempat-tempat hanya menerima kad kredit Visa and MasterCard. Kad Diners and Amex tidak begitu popular.
Ringgit Malaysia diterima meluas macam Riyal dikebanyakan kedai, jadi tak payah susah hati kalau tak ada Riyal dalam poket atau nak berlari ke money changer.
Kerja membeli ni memang sudah menjadi naluri tak kira kaya miskin, tua muda sekali pun di Makkah. Sejak zaman tok nenek kita lagi yang datang dengan kapal laut sudah ada cerita bab gila membeli belah.
Setelah pusing keliling siapa saja boleh buat kesimpulan kecuali sikit sebanyak barang-barang asli Arab sebenarnya tidak banyak benda lain yang ada kelainan untuk dibeli. Ini kerana kebanyakan yang dijual boleh dibeli di tempat kita.
Hanya pada waktu sembahyang semua aktiviti jual beli terhenti. Kebanyakan pekedai meninggalkan kedai mereka begitu saja untuk ke masjid. Ada yang di tutup dengan hadangan plastik dan ada yang biar terbuka tanpa tuan.
Suasana membeli belah memang meriah khususnya lepas waktu subuh dan Isyak. Selepas menunaikan ibadah ramai yang membanjiri kedai dan bazar sekitar masjid. Ini kerana suhu pagi dan malam yang kurang panas dari waktu siang.
Kompleks ini dibina di atas tanah milik Yayasan Al Haramian Al Malik Abdul Aziz bawah pengurusan Kementrian Awqaf, kerajaan Arab Saudi, siap nanti ia akan menjadi komplek pencakar langit yang tersergam di tepi Masjidil Haram.
Bangun Subuh sekalipun mahu apa saja... banyak kedai yang buka. Kita yang tak biasa datang pastinya tertanya-tanya berapa wang poket nak dibawa bila menunaikan umrah.
Ada yang mulanya susah nak buat anggaran kerana takut itu ini tak cukup. Ada kawan yang bagitau bawa RM1,000 saja ,ada yang pula kata RM2,000 dah lumayan sangat. Pakej umrah sudah menyediakan segalanya tempat tinggal, makan pengangkutan dan lain-lain. Ini kira pandai-pandai sendiri budget Kalau nak kira RM500 pun dah cukup – jika tolak sebelah bab nak memborong segala macam.
MAS dan lain2 penerbangan biasanya hanya membenarkan 20 kilo sahaja bagi seorang penumpang. Kalaulah kena tekan charge rasmi lebihan setiap satu kilo tanpa diskaun... jawabnya memang demam tak habis. Barang dah beli, jadi serba salahlah. Nak di tinggalkan begitu saja sayang pulak. Lagipun mengenangkan ramai suku sakat yang menanti buah tangan dari kita.
Sebuah kedai yang menjual kitab-kitab suci dan buku-buku agama
Dari masa ke semasa ada saja pekedai yang kena saman kerana jual rokok menerusi ‘pintu belakang’. Bagi yang nak hisap tu eloklah bersidai dalam bilik hotel saja. Kalau tidak jangan terkejut tengah asyik menyedut di pinggir jalan ada Pak Arab tiba-tiba menjerit kuat kearah kita….” Harrraaamm ”.
Telefon bimbit kini memang sudah jadi alat kita rasa ada sesuatu yang kehilangan kalau bergerak tanpanya. Jangan bimbang ia dibenarkan dibawa masuk ke dalam Masjidil Haram. Para pengawal di pintu-pintu masuk masjid itu hanya menahan telefon bimbit berkamera sahaja. Banyak telefon bimbit kamera yang terlepas masuk dan adalah sebilangan Hamba Allah dari masa ke semasa kelihatan berposing menghala ke Kaabah sebagai tanda kenangan untuk di bawa balik ke kampung halaman. Setakat berposing ia mungkin tidak menganggu ibadah.
Bangunan putih (ditengah gambar) ialah bekas tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Begitu juga kami agak terkejut melihat keadaan sebuah perigi yang begitu bersejarah di zaman Rasullah semasa dalam perjalanan untuk ziarah sebuah ladang unta di luar kota Makkah. Perigi yang terletak di pinggir jalan itu terbiar begitu sahaja tanpa ada usaha pengindahan atau apa-apa di sekelilingnya.
Ini semua gara-gara segala macam perangai orang yang cuba mendapat ‘ keberkatan’ yang berbentuk syirik di tempat-tempat bersejarah macam itu. Bukan setakat tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW dan perigi itu sahaja tetapi banyak lagi tempat kesan-kesan sejarah dibiar begitu sahaja.
Ini belum cakap lagi pasal khurafat lain antaranya mencuri tali-tali khemah di padang Arafah untuk dijadikan tangkal bagi tujuan pelaris untuk jualan dan memperbanyakkan tangkapan ikan, membawa balik tanah Arafah untuk upacara memijak tanah, buat pertama kali bagi bayi untuk menghindarkannya dari sebarang penyakit dan gagah berani. Ada juga yang percaya tidak boleh melihat cermin semasa dalam ihram kerana muka akan menjadi hodoh dan orang tidak suka melihatnya.
Kalau melihat ada orang yang menyapu tiang Masjidil Haram dan diusap ke muka ini pula bagi yang percaya ia akan menambah seri wajah.Ada juga yang percaya kain ihram perlu dibawa balik dan diwasiatkan bila mati nanti hendaklah dikapankan dengan kain itu bagi menghindari diri dari siksaan kubur.
Contohnya bagi kita yang tak biasa boleh terkejut kalau tiba-tiba tengah khusyuk sembahyang ada Pak Arab yang tarik baju dari belakang untuk masuk ke barisan saf sembahyangnya. Bab orang langkah kepala, terpijak sana sini ketika sembahyang juga dah jadi cerita biasa di sini dalam kesesakan orang beribadah.
Ada juga kisah penyeluk saku wanita & lelaki yang ‘buat kerja’ dalam masjid terutama di Masjid Nabawi dan sekitarnya.
Saya sebelum nak pergi ke Makkah memang rasa gementar juga mengenangkan ‘macam-macam’ cerita yang digambarkan oleh sesetengah mereka yang pernah datang tetapi Alhamdulillah tiada sesuatu yang tak baik berlaku kepada saya.
Kalau dengar cakap orang, rasanya takut nak turun ke masjid seorang diri…Alhamdulllilah tak ada apa-apapun. Semua itu bergantung kepada nawaitu kita.
Wallahualam.
" Yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Yang buruk itu adalah kelemahan dari diri saya Sendiri". TERIMA KASIH KERANA TETAP SUDI BERSAMA SAYA HINGGA KE AKHIRNYA.











