PAHALA BADAL HAJI
Apabila Haji Badal dikerjakan dengan sempurna kesemua pihak yang terlibat dalam perlaksanaannya mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT. Dari Ibnu Abbas RA berkata “Sesiapa yang mengerjakan haji bagi pihak orang yang telah meningal dunia ditulis bagi orang yang telah meninggal dunia itu satu haji dan orang yang mengerjakan haji tersebut mendapat tujuh haji”. Dalam satu riwayat lain, “Dan bagi orang yang mengerjakan Haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Zar).
Dari Abi Razin Al-Uqaily bahawa dia berjumpa Nabi SAW dan berkata “Ya Rasulullah sesungguhnya ayahku terlalu tua dan tidak larat untuk mengerjakan haji, umrah atau berjalan dalam rombongan”. Sabda Nabi SAW “Kamu kerjakanlah haji dan umrah bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat At-Tarmizi dengan katanya hadis ini bertaraf hasan sahih. Nama sebenar Abi Razin ialah Laqit bin Amir).
Haji Badal bagi orang yang masih hidup Dari Al-Fadl bin Abbas bahawa dia pernah menunggang bersama Rasulullah SAW lalu datang seorang lelaki bertanya “Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku terlalu tua. Jika aku mengangkatnya secara tanggung, dia tidak boleh memegang kuat. Jika aku mengikatnya aku khuatir boleh membinasakannya lalu meninggal dunia”.
Sabda Rasulullah SAW, “Jika ibumu berhutang dengan seseorang, tidakkah engkau yang akan melunaskannya?”. Dia berkata “Ya”. Sabda Nabi SAW, “Kamu kerjakanlah haji bagi pihak ibumu”. Dari dalil di atas jelas menunjukkan bahawa dibolehkan seseorang mengerjakan haji bagi pihak seseorang yang lain yang masih hidup tetapi tidak berkuasa mengerjakannya untuk dirinya sendiri.
Datang seorang lelaki dari kaum Khath’am kepada Rasulullah SAW bertanya tentang ayahnya yang tidak berkuasa mengerjakan haji, “Adakah diterima Allah jika aku mengerjakan haji bagi pihaknya?”. Sabda Rasulullah SAW, “Adakah kamu anak sulungnya?”. Dia menjawab, “Ya”. Sabda Rasulullah SAW “Tidakkah engkau melihat jika ayahmu berhutang, adakah engkau akan melunaskan hutang tersebut?”.

Dia menjawab “Ya”. Sabda Nabi SAW, “Kamu kerjakanlah haji bagi pihaknya”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dengan penambahan “Ayahku tidak larat menunggang tunggangan sedang haji diwajibkan ke atasnya. Adakah boleh aku mengerjakan haji bagi pihaknya?”). Dari hadis-hadis di atas menunjukkan wajib mengerjakan haji ke atas orang yang tidak berkuasa jika sekiranya dia berkemampuan di segi harta dan ada anak atau orang lain yang boleh mengerjakan haji tersebut bagi pihaknya.
0 comments:
Catat Ulasan